Assalammuaikum W.B.T,
Saya dengan ini ingin merakamkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 kepada semua warga Sk. Gas, Sandakan. Diharapkan, kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna kepada semua.
Sekian,
Suhaidi Bin Sidik
Fasilitator Schoolnet
Wednesday, September 1, 2010
Monday, August 30, 2010
Majlis Penutupan Bulan Membaca Peringkat Sekolah
Majlis ini telah berlangsung pada sebelah pagi 30 Ogos 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk. Gas iaitu En. Juani Bin Lius dan dihadiri oleh semua pelajar Sk. Gas, Sandakan.
Majlis didahului dengan bacaan doa oleh wakil guru dan di teruskan dengan ucapan perasmian penutupan Bulan Membaca Peringkat Sekolah.
Bacaan doa oleh wakil guru - Ustaz Mohd Nasir
Ucapan Perasmian Penutupan Bulan Membaca Peringkat Sekolah - Guru Besar, En Juani Bin Lius
Barisan pelajar dan Guru-guru yang menghadiri majlis tersebut
Majlis ini turut dihiasi dengan beberapa persembahan yang dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah. Antaranya ialah simbolik penyampaian "banner Bulan Membaca" yang disampaikan kepada Guru Besar sekolah. Upacara simbolik ini dibuat oleh pelajar Pengakap Sekolah. Penyampaian hadiah turut diberikan kepada pelajar-pelajar.
Antara himpunan aktiviti sekolah sepanjang majlis tersebut ialah:
Bacaan Ikrar yang dilaungkan oleh wakil pelajar |
Deklimasi sajak dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab |
Persembahan Koir lagu "Standing in the Eyes" |
Saturday, July 24, 2010
Aktiviti sukaneka sekolah
Aktiviti sukaneka Sk. Gas telah berlangsung pada 24 Julai 2010 yang bertempat di sekolah Sk. Gas. Pada majlis ini berlangsung, semua pelajar terlibat bagi menjayakan aktiviti tersebut. Beberapa aktiviti sukan telah diatur dan kelancaran aktiviti telah diselia oleh beberapa orang guru yang bertugsa pada waktu tersebut. Majlis bermula dengan berkumpul di dewan serbaguna sekolah iaitu aktiviti senam robik yang diketuai oleh wakil pelajar.
Acara yang dipertandingkan antaranya ialah:
Semasa aktiviti sukaneka berlangsung, ibubapa/penjaga juga turut terlibat dalam aktiviti sukaneka
Aktiviti sukaneka ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat dalam acara yang dipertandingkan. Majlis bersurai pada waktu petang.
Friday, July 23, 2010
Majlis Penyampaian Bantuan E-Kasih, Sk. Gas Sandakan
Majlis Penyampaian Bantuan E-Kasih ini telah berlangsung pada 23 Julai 2010 yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sk. Gas iaitu En. Sablee Bin Erak. Beberapa pelajar telah menerima bantuan E-Kasih tersebut dan diiringi oleh ibubapa/penjaga masing-masing. Semasa majlis tersebut berlangsung, beberapa orang guru telah terlibat dalam memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Antara barisan guru-guru yang bertugas menjaga bahagian pendaftaran ibubapa/penjaga
Barisan ibubapa/penjaga yang turut menghadiri majlis tersebut
Subscribe to:
Posts (Atom)